Inisiatif Bantuan untuk Komuniti Yaman di Malaysia
Objektif projek:
- Untuk meringankan beban hidup warga Yaman yang memerlukan di Malaysia dan menyokong mereka sepanjang tahun.
- Untuk memberikan kegembiraan dan kesenangan kepada keluarga yang memerlukan.
- Untuk mewujudkan prinsip perpaduan masyarakat dan mengeratkan ikatan antara keluarga dan masyarakat ini.
Ringkasan latarbelakang:
Di antara misi utama Inisiatif Bantuan Yaman ialah untuk membantu keluarga dan warga pelarian di Malaysia, khususnya keluarga-keluarga yang memerlukan.
Secara amnya, Inisiatif ini akan berusaha memberikan pelbagai sokongan dan penjagaan dalam pelbagai bidang (termasuk makanan, kesihatan, bantuan pertolongan (relief), dll.)
Berdasarkan semangat (misi) tersebut, Bantuan Yaman berusaha untuk melaksanakan Projek Bakul Makanan - Malaysia 2021. Kandungan di dalam Bakul Makanan ini termasuklah barangan makanan yang diperlukan untuk kehidupan seharian. Program yang penting ini adalah menjadi sebahagian dari kerangka usaha Bantuan Yaman untuk meringankan penderitaan keluarga miskin dan terlantar.
Permasaalahan yang dihadapi:
Semasa pandemik COVID-19, ramai warga Yaman yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bulanan. Tambahan pula, di Malaysia, terdapat lebih daripada 30,000 warga Yaman yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan, dan boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka yang menupang hidup di sini, tergolong dalam golongan yang amat memerlukan. Oleh kerana peluang pekerjaan adalah amat tipis untuk mereka, Projek Bakul Makanan dari Insentif Bantuan Yaman ini akan membantu bagi mengurangkan kesempitan hidup yang dihadapi oleh mereka sekarang.
Agensi pelaksana:
- Pertubuhan Pembangunan Dan Bantuan Insan (INSAN) .
- Yayasan Pembangunan AlTawasul
Jumlah penerima:
Bajet Projek:
RM 300,000
Sumbangan anda boleh merubah nasib mereka
Bakul Makanan
- Beras Basmati
- Tepung gandum putih
- Tepung gandum kelabu
- Gula
- Minyak Masak
- Susu
- Sos Tomato
- Ikan tuna dalam tin
- Canned beans and peas
Langkah-langkah yang akan diambil:
- Pengumpulan dana untuk projek tersebut.
- Mengenal pasti keluarga sasaran.
- Dapatkan sebut harga dari pembekal yang berbeza.
- Membina 10 pasukan "setiap pasukan lima orang.”
- Menyelaraskan penghantaran makanan kepada keluarga-keluarga yang memrlukan di Malaysia.
- Menghantar makanan oleh pasukan sukarelawan ke kediaman benefisiari di samping mematuhi peraturan MCO, kerana COVID-19.
- Membuat laporan berkala mengenai projek tersebut.
Penilaian projek:
Untuk diterima bersama dengan pelaksanaan projek berdasarkan laporan yang akan diberikan oleh Jawatankuasa Pelaksana.
Bajet Projek:
No. | Barang Makanan | Harga (RM) | Jumlah (RM) |
1. | Food Basket | 299.5* 1000 Pax | 299,500 |
Jumlah (RM) |
| 299,500 | |
Penaung:
Kedutaan Republic Yemen – Kuala Lumpur
Pelaksana oleh:
Rakan Pelaksana:
Projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama:
The Yemeni community association in Malaysia.
Yemeni Students Union- Malaysia.
Yemeni Refugee union- Malaysia.
JOM MENYUMBANG
Sumbangan anda boleh merubah nasib mereka
