Bantuan Kecemasan untuk Keluarga yang Terjejas oleh Konflik di Yaman 2021
PROJEK MAKANAN
Objektif Kempen BANTUAN YAMAN:
- Untuk menyediakan keperluan asas dan barangan keperluan untuk mangsa konflik dan keluarga terlantar di Yaman.
- Untuk mengurangkan kesan negatif dan psikologi konflik keluarga terlantar.
- Bersama dengan mangsa perang dan menolong mereka mengatasi penderitaan disebabkan oleh perang.
Kawasan:
Republik Yaman, (di kawasan-kawasan yang menempatkan keluarga yang terlantar).
Kumpulan Sasar:
Keluarga yang terlibat oleh konflik.
Bilangan Keluarga Sasaran:
Bajet
US$ 549,00
RM 2,224,143
Penganjur Kempen:
Penaung:
Kedutaan Republik Yaman Di Malaysia
Gambaran Keseluruhan Situasi di Yaman:
Krisis kemanusiaan semakin bertambah buruk di Yaman sejak Mac 2015. Menurut statistik Organisasi Bukan Kerajaan Antarabangsa (NGO), kira-kira 80% penduduk, yang dianggarkan berjumlah 21.8 juta orang, memerlukan campur tangan kemanusiaan, termasuk 11.3 juta orang sangat memerlukan bantuan.
Konflik dalaman dan kemiskinan selama beberapa tahun menambahkan kadar orang yang memerlukan bantuan kepada 80% penduduk. Sebahagian besar kemudahan awam, seperti hospital, sekolah, dan bekalan air, di kawasan konflik musnah sepenuh atau sebahagiannya. Lebih-lebih lagi, kekurangan komoditi yang diimport menyebabkan harga barangan makanan naik melambung tinggi, dan kebanyakan keluarga memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.
Dalam pada itu, perkhidmatan asas di Yaman juga hampir lumpuh dan berjuta-juta rakyatnya tidak memperolehi bekalan air bersih dan elektrik. Sektor kesihatan juga turut terjejas teruk dan beberapa jenis penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan kematian, termasuk demam denggi dan malaria telah mula merebak, oleh itu terdapat keperluan mendesak dalam bentuk campur tangan perubatan dan persediaan ubat-ubatan (diperlukan).
Konflik yang berterusan memaksa berjuta-juta warga Yaman meninggalkan rumah dan kawasan tempat tinggal mereka dan berpindah ke daerah atau kawasan yang lebih selamat dan stabil. Sementara itu, ratusan ribu berjaya meninggalkan negara tersebut dan berpindah ke negara lain. Sebilangan besar penduduk yang kehilangan tempat tinggal (IDP) menimbulkan beban tambahan kepada NGO dan pihak berkuasa tempatan.
Peta Negara Republik Yaman:
Latar Belakang Projek:
Diakibatkan oleh peningkatan konflik, jumlah mereka yang terlantar (internally displaced people-IDPs) di Yaman meningkat dengan pesat. Menurut laporan UNICEF 2020, 4.4 juta warga Yaman kehilangan tempat tinggal termasuk 1.71 juta kanak-kanak sehingga akhir tahun 2020, lebih daripada 100,000 dari mereka meninggalkan rumah untuk ke tempat yang lebih selamat pada separuh pertama tahun 2020. Golongan yang terlantar (IDPs) ini biasanya terdedah kepada pelbagai wabak penyakit, bencana alam, dan masalah sosio-politik dan ekonomi. Mereka juga kekurangan akses kepada kemudahan kesihatan, pendidikan dan juga air minum yang bersih. Menurut laporan kekurangan zat makanan Klasifikasi Fasa Bersepadu (IPC) yang disediakankan oleh OCHA di Yaman, jumlah mereka yang terjejas meningkat pada enam bulan pertama tahun 2021, di mana16.2 juta (54% penduduk) dijangka mengalami tahap akut ketidakecukupan makanan - 11 juta pada tahap krisis (IPC Fasa 3), 5 juta pada tahap kecemasan (IPC Fasa 4) dan 47,000 pada tahap bencana (IPC Fasa 5) dalam keadaan seperti kelaparan.
Diskripsi Projek:
Projek ini bertujuan untuk menyediakan pak makanan sebagai suatu bentuk campur tangan mendesak. Pak makanan terdiri daripada (gandum: 25 kg, beras: 10 kg, gula: 10 kg, minyak masak: 1.8 lit, kekacang: 12 tin, sos: 1 bungkus (24 unit), kurma: 3 kg).
Justifikasi Projek:
- IDP dan keluarga yang terjejas sangat memerlukan barangan makanan asas dan bantuan perubatan.
- Harga barangan makanan yang tinggi di pasaran tempatan.
- Kemerosotan keadaan ekonomi memburukkan lagi krisis yang menyebabkan kadar pengangguran meningkat.
Objektif Projek:
Untuk mengurangkan beban penderitaan keluarga di Yaman yang dilanda peperangan
Objektif Khusus:
Untuk mengedarkan barangan makanan kepada IDP selama satu bulan.
Kumpulan Sasar:
Keluarga yang terjejas oleh peperangan di Yaman.
Langkah Pelaksanaan:
- Menyenaraikan benefisiari sasaran dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.
- Menghantar barangan keperluan ke tempat pengedaran.
- Mengagihkan barang bukan makanan, makanan dan ubat-ubatan kepada penerima bantuan
- Proses dokumentasi (mengambil gambar dan video).
- Merekodkan penyataan sokongan benefisiari.
Kesan Projek:
- Menyediakan keperluan hidup asas bagi IDPs.
- Menyumbang untuk meringankan penderitaan IDPs.
Liputan media:
- Sepanduk dan banting.
- Pemantauan dan Penilaian:
Pemantauan dan Penilaian:
- Lawatan ke tempat pelaksanaan projek.
- Menyemak dan meluluskan senarai benefisiari.
Tempoh Projek:
- Satu bulan dari tarikh kelulusan projek.
Bajet Projek:
Ahli Jawatankuasa:
Prof. Dr. Dawood Abdulmalek Yahya Al-Hidabi
Pengerusi, Jawatankuasa Penyeliaan
Kempen BANTUAN YAMAN
- Alamat:
Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon: 0060183237926
Email: dawood@iium.edu.my
Mohammed Yahya Al Rashedi
Pengarah Eksekutif
HELP YEMEN Campaign
- Alamat:
Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon: 00600183913694
Email: alrashedy111@gmail.com
Bantu Sebarkan
We really appreciate your kind help to spread this donation campaign through any of the social media below. It is going to help us to make this campaign a success. Please Click on any of the buttons to help us disseminate the message:
JOM MENYUMBANG
Sumbangan anda, mampu mengurangkan beban mereka.
Sumbangan Atas Talian:
Sumbangan di luar talian:
8602 399 976
Swift Code: CTBBMYKL
Pertubuhan Pembangunan Dan Bantuan Insan (PPBI) – INSAN
Development and Human Relief Society
