KEMPEN

BANTU YEMEN

Bantuan Kecemasan untuk Keluarga yang Terjejas oleh Konflik di Yaman 2021

PROJEK KESIHATAN

Objektif Kempen BANTUAN YAMAN:

  • Untuk menyediakan keperluan asas dan barangan keperluan untuk mangsa konflik dan keluarga terlantar di Yaman.
  • Untuk mengurangkan kesan negatif dan psikologi konflik keluarga terlantar.
  • Bersama dengan mangsa perang dan menolong mereka mengatasi penderitaan disebabkan oleh perang.

Kawasan:

Republik Yaman, (di kawasan-kawasan yang menempatkan keluarga yang terlantar).

Kumpulan Sasar:

Keluarga yang terlibat oleh konflik.

Bilangan Keluarga Sasaran:

0
Keluarga

Bajet

US$ 93,852

RM 380,000

Penganjur Kempen:

Penaung:

Kedutaan Republik Yaman Di Malaysia

RM130 of RM380,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Gambaran Keseluruhan Situasi di Yaman:

Krisis kemanusiaan semakin bertambah buruk di Yaman sejak Mac 2015. Menurut statistik Organisasi Bukan Kerajaan Antarabangsa (NGO), kira-kira 80% penduduk, yang dianggarkan berjumlah 21.8 juta orang, memerlukan campur tangan kemanusiaan, termasuk 11.3 juta orang sangat memerlukan bantuan.

Konflik dalaman dan kemiskinan selama beberapa tahun menambahkan kadar orang yang memerlukan bantuan kepada 80% penduduk. Sebahagian besar kemudahan awam, seperti hospital, sekolah, dan bekalan air, di kawasan konflik musnah sepenuh atau sebahagiannya. Lebih-lebih lagi, kekurangan komoditi yang diimport menyebabkan harga barangan makanan naik melambung tinggi, dan kebanyakan keluarga memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, perkhidmatan asas di Yaman juga hampir lumpuh dan berjuta-juta rakyatnya tidak memperolehi bekalan air bersih dan elektrik. Sektor kesihatan juga turut terjejas teruk dan beberapa jenis penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan kematian, termasuk demam denggi dan malaria telah mula merebak, oleh itu terdapat keperluan mendesak dalam bentuk campur tangan perubatan dan persediaan ubat-ubatan (diperlukan).

Konflik yang berterusan memaksa berjuta-juta warga Yaman meninggalkan rumah dan kawasan tempat tinggal mereka dan berpindah ke daerah atau kawasan yang lebih selamat dan stabil. Sementara itu, ratusan ribu berjaya meninggalkan negara tersebut dan berpindah ke negara lain. Sebilangan besar penduduk yang kehilangan tempat tinggal (IDP) menimbulkan beban tambahan kepada NGO dan pihak berkuasa tempatan.

Peta Negara Republik Yaman:

Latar Belakang Projek:

Diakibatkan oleh peningkatan konflik, jumlah mereka yang terlantar (internally displaced people-IDPs) di Yaman meningkat dengan pesat. Menurut laporan UNICEF 2020, 4.4 juta warga Yaman kehilangan tempat tinggal termasuk 1.71 juta kanak-kanak sehingga akhir tahun 2020, lebih daripada 100,000 dari mereka meninggalkan rumah untuk ke tempat yang lebih selamat pada separuh pertama tahun 2020. Golongan yang terlantar (IDPs) ini biasanya terdedah kepada pelbagai wabak penyakit, bencana alam, dan masalah sosio-politik dan ekonomi. Mereka juga kekurangan akses kepada kemudahan kesihatan, pendidikan dan juga air minum yang bersih. Menurut laporan kekurangan zat makanan Klasifikasi Fasa Bersepadu (IPC) yang disediakankan oleh OCHA di Yaman, jumlah mereka yang terjejas meningkat pada enam bulan pertama tahun 2021, di mana16.2 juta (54% penduduk) dijangka mengalami tahap akut ketidakecukupan makanan - 11 juta pada tahap krisis (IPC Fasa 3), 5 juta pada tahap kecemasan (IPC Fasa 4) dan 47,000 pada tahap bencana (IPC Fasa 5) dalam keadaan seperti kelaparan.

Projek Bantuan Kesihatan bertujuan untuk merehabilitasi tiga kemudahan kesihatan di Wilayah Pemerintahan Sana'a dan Taiz agar dapat memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan bagi pesakit demam dan penyakit berjangkit. Projek ini akan dilaksanakan di tiga tempat Kemudahan Kesihatan (HF), di Taiz (Altadamon HF, daerah Al Qahera dan lsalam HF, daerah Almuaset).

Projek ini mensasarkan pesakit demam dan pesakit yang dijangkiti penyakit berjangkit, dengan memberikan perkhidmatan seperti berikut:

  1. Menyediakan HF dengan ubat, bekalan perubatan, solusi makmal dan bahan kebersihan.
  2. Memberi elaun bulanan kepada pasukan perubatan dan pekerja di HF untuk meningkatkan keupayaan bagi menerima dan merawat lebih banyak pesakit.
  3. Memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit (termasuk perundingan perubatan, rawatan, atau rujukkan ke hospital pakar, jika diperlukan, dan membuat perkhmidatan susulan).

Justifikasi Projek:

  • Kira-kira 3 juta penduduk Yaman terlantar akibat perang. Peperangan ini juga telah menyebabkan gangguan pada sistem dan perkhidmatan asas kesihatan di negara ini, dan mengakibatkan penyakit berjangkit dan wabak menular ke seluruh negara.
  • Lokasi pelaksanaan Projek Kesihatan di Yaman ialah di wilayah-wilayah yang paling terjejas akibat peperangan, di mana sektor kesihatan di wilayah-wilayah berkenaan mengalami gangguan serius dan ianya telah menambahkan lagi penderitaan mereka.
  • Fasiliti kesihatan yang disasarkan adalah fasiliti yang berbentuk amal di mana pengamal kesihatan memberikan servis mereka dengan kadar caj yang minimum dan ianya terletak di kawasan yang berpenduduk padat, di mana terdapat ramai individu (serta keluarga) yang kehilangan tempat tinggal (IDP).
  • Penyakit yang paling kerap berlaku pada musim ini ialah jangkitan pernafasan atas dan bawah, jangkitan sendi, amandel, beguk (mumps), campak, influenza, tifoid, cirit-birit akut, (berkemungkinan) kes difteria dan Covid-19. Selain dari itu, ada juga terdapat kes malaria, chikungunya dan demam denggi yang terus meningkat setiap tahun terutama apabila berlaku perubahan musim.

 

  • Semua perbelanjaan operasi dan elaun bulanan pasukan perubatan dan pekerja dibiayai sendiri oleh pendapatan yang dijana dari kemudahan ini. Pangamal-pengamal kesihatan berkenaan bekerja dalam dua syift setiap hari, satu pada waktu pagi dan satu lagi pada waktu petang dan mereka merawat sekurang-kurangnya 40-60 pesakit setiap hari. Oleh kerana kos operasi yang tinggi, jumlah pekerja telah berkurang dengan ketara dan banyak perkhidmatan terpaksa ditamatkan, dan ini telah memberikan kesan buruk kepada pesakit, dan telah menambahkan penderitaan yang mereka alami. Projek ini memerlukan sokongan segera untuk memulihkan kemudahan kesihatan agar ianya dapat memberikan servis perubatan kepada pesakit-peasakit yang disasarkan.

Objektif Projek:

Objektif Umum:
Untuk meringankan penderitaan masyarakat dengan meningkatkan kemampuan fasiliti kesihatan yang disasarkan untuk memberikan servis kesihatan kepada pesakit yang menderita demam dan pesakit yang dijangkiti penyakit berjangkit.

Objektif Khusus:

  • Untuk menambahkan kapsiti HFs.
  • Untuk merawat atau memberi lebih banyak perkhidmatan kepada pesakit yang menderita demam dan yang dijangkati penyakit berjangkit.

Kumpulan Sasar:

  • Keluarga yang terjejas oleh perang di Yaman, iaitu di bandar Taiz (daerah Alkahera dan Almuaset).
  • 18,000 pesakit (semua peringkat umur, lelaki dan wanita) yang menderita demam dan yang dijangkiti penyakit berjangkit.

Langkah Pelaksanaan:

  1. Projek akan dilaksanakan seperti berikut:

    • Berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan di daerah yang disasarkan.
    • Mengenal pasti keperluan kemudahan kesihatan yang dipilih.
    • Menyiapkan dan memproses plan operasi.
    • Permulaan pelaksanaan projek.
    • Laporan susulan bulanan dari tempat perkhidmatan kesihatan mengikut dokumen yang diluluskan.
    • Lawatan lapangan bulanan dan berkala untuk memantau dan menilai projek.
    • Mengemukakan laporan kewangan dan teknikal dari pengurusan projek kepada penaja.
    • Mendokumentasikan semua fasa pelaksanaan projek.

Kesan Projek:

  • Menyediakan keperluan hidup asas bagi IDPs.
  • Menyumbang untuk meringankan penderitaan IDPs.

Pemantauan dan Penilaian

Laporan kemajuan berkala:

Untuk mencapai objektif yang dirancang, Pasukan Projek akan mulai memantau dari fasa persiapan, dan mereka harus mempunyai laporan harian sendiri untuk membantu mereka ketika dalam menyiapkan laporan kemajuan bulanan.

Lawatan lapangan penyeliaan:

Untuk mengawasi kemajuan projek dengan teliti, pengawas yang dilantik di setiap gabenor mengunjungi kemudahan tersebut setiap minggu.

Pemantauan kewangan:

Bajet harus dipantau secara berkala untuk memastikan bahwa semua perbelanjaan dibuat sesuai dengan bajet yang dicadangkankan.

Liputan media:

  • Sepanduk dan banting.
  • Pemantauan dan Penilaian:

Pemantauan dan Penilaian:

  • Lawatan ke tempat pelaksanaan projek.
  • Menyemak dan meluluskan senarai benefisiari.

Tempoh Projek:

Enam bulan selepas projek itu diluluskan.

Bajet Projek:

Ahli Jawatankuasa:

Prof. Dr. Dawood Abdulmalek Yahya Al-Hidabi 
Pengerusi, Jawatankuasa Penyeliaan
Kempen BANTUAN YAMAN

Mohammed Yahya  Al Rashedi
Pengarah Eksekutif 
HELP YEMEN Campaign 

Bantu Sebarkan

We really appreciate your kind help to spread this donation campaign through any of the social media below. It is going to help us to make this campaign a success. Please Click on any of the buttons to help us disseminate the message:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

JOM MENYUMBANG

Sumbangan anda, mampu mengurangkan beban mereka.

Sumbangan Atas Talian:

RM130 of RM380,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Sumbangan di luar talian:

8602 399 976

Swift Code: CTBBMYKL

Pertubuhan Pembangunan Dan Bantuan Insan (PPBI) – INSAN

Development and Human Relief Society

564 490 425 861

Swift Code: MBBEMYKL

Pertubuhan Pembangunan Dan Bantuan Insan (PPBI) – INSAN

Development and Human Relief Society

Scroll to Top