Projek Iftar

MALAYSIA 2021

Inisiatif Bantuan untuk Komuniti Yaman di Malaysia

Objektif projek:

  1. Menyediakan makanan berbuka puasa / berbuka puasa bagi orang yang berpuasa.
  2. Memberi makan kepada yang memerlukan di bulan Ramadhan.
  3. Menyebarkan semangat kasih sayang dan solidariti di kalangan umat Islam.
  4. Memberi peluang kepada individu yang baik dan murah hati untuk menderma dan membantu memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa di bulan suci Ramadan.

Ringkasan latarbelakang:

Di antara misi utama Inisiatif Bantuan Yaman ialah untuk membantu keluarga dan warga pelarian di Malaysia, khususnya keluarga-keluarga yang memerlukan.

Secara amnya, Inisiatif ini akan berusaha memberikan pelbagai sokongan dan penjagaan dalam pelbagai bidang (termasuk makanan, kesihatan, bantuan pertolongan (relief), dll.)

Berdasarkan semangat (misi) tersebut, Bantuan Yaman berusaha untuk melaksanakan Projek Bakul Makanan - Malaysia 2021. Kandungan di dalam Bakul Makanan ini termasuklah barangan makanan yang diperlukan untuk kehidupan seharian. Program yang penting ini adalah menjadi sebahagian dari kerangka usaha Bantuan Yaman untuk meringankan penderitaan keluarga miskin dan terlantar.

Permasaalahan yang dihadapi:

Semasa pandemik COVID-19, ramai warga Yaman yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bulanan. Tambahan pula, di Malaysia, terdapat lebih daripada 30,000 warga Yaman yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan, dan boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka yang menupang hidup di sini, tergolong dalam golongan yang amat memerlukan. Oleh kerana peluang pekerjaan adalah amat tipis untuk mereka, Projek Bakul Makanan dari Insentif Bantuan Yaman ini akan membantu bagi mengurangkan kesempitan hidup yang dihadapi oleh mereka sekarang.

Bulan suci Ramadan adalah bulan yang baik dan penuh kasih sayang, bulan di mana beribu-ribu pelajar yang memerlukan menunggu makanan dan bekalan harian dari mereka yang prihatin dan bersedia menyumbangkan bantuan. Pada bulan suci ini juga, Inisiatif Bantuan Yaman merancang untuk menyediakan makanan berbuka puasa dan makanan siap untuk membantu kumpulan yang memerlukan di beberapa buah kampus universiti (terpilih).

Agensi pelaksana:

  • Pertubuhan Pembangunan Dan Bantuan Insan (INSAN) .
  • Yayasan Pembangunan AlTawasul

Jumlah penerima:

0
Students “ individuals.”

Bajet Projek:

RM 65,000

Sumbangan anda boleh merubah nasib mereka

Bakul Makanan

  • Nasi, daging ayam dan daging (yang siap dimasak).
  • Susu
  • Kurma.
  • Jus + Air
  • Sup

Langkah-langkah yang akan diambil:

  1. Pengumpulan dana untuk projek tersebut.
  2. Mengenal pasti keluarga sasaran.
  3. Dapatkan sebut harga dari pembekal yang berbeza.
  4. Membina 10 pasukan "setiap pasukan lima orang.”
  5. Menyelaraskan penghantaran makanan kepada keluarga-keluarga yang memrlukan di Malaysia.
  6. Menghantar makanan oleh pasukan sukarelawan ke kediaman benefisiari di samping mematuhi peraturan MCO, kerana COVID-19.
  7. Membuat laporan berkala mengenai projek tersebut.

Penilaian projek:

Untuk diterima bersama dengan pelaksanaan projek berdasarkan laporan yang akan diberikan oleh Jawatankuasa Pelaksana.

Bajet Projek:

No.

Barang Makanan

Harga (RM)

Jumlah (RM)

1.      

Makanan iftar

16.5*4000 Pax

66000

Jumlah (RM)

 

66,000

Penaung:

Kedutaan Republic Yemen – Kuala Lumpur

Pelaksana oleh:

Rakan Pelaksana:

Projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama:

The Yemeni community association in Malaysia.
Yemeni Students Union- Malaysia.
Yemeni Refugee union- Malaysia.

JOM MENYUMBANG

Sumbangan anda boleh merubah nasib mereka

Sumbangan Atas Talian:

Iftar Project – Malaysia 2021

RM0 of RM65,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Sumbangan di luar talian:

Scroll to Top